Pengenalan

Maahad Tahfiz Al-Quran Lil Banat Al-Hanafiah telah ditubuhkan dan didaftarkan secara rasmi pada 5 Disember 2021 dengan Nombor Pendaftaran 2021-03-358228 ( SA0575776-U ).

Lokasinya di atas tanah berkeluasan 6 ½ ekar di Lot 6235, Kampung Tanjung Medan, Sungai Panjang 45300 Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan. Maahad Tahfiz Al-Quran Lil Banat Al- Hanafiah ini diasaskan oleh

Ustaz Mat Arop bin Hanafiah

  • Motif utama Maahad Tahfiz ini adalah bagi melahirkan lebih ramai Huffaz, Qurra’ dan Duat dan melahirkan lebih ramai golongan celik Al-Quran
  • Projek ini mensasarkan pelajar perempuan seawal usia 9 hingga 13 tahun.
  • Maahad Tahfiz kami juga membuka peluang kepada golongan yang telah bersara dan warga emas bersama-sama kami bagi mendalami ilmu Al-Quran dan Fardu Ain dengan keadaan yang amat selesa , lengkap dan kondusif . Program bersama ini juga di kenali sebagai “ Pondok Pengajian Ar – Raudah.
  • Yuran pengajian akan dikenakan bagi kelangsungan operasi Mahaad Tahfiz. Buat masa ini belum ada jumlah yuran yang dapat ditentukan. Jumlah yuran sebenar akan diistiharkan apabila Pusat Pembelajaran Maahad Tahfiz kami hapir siap di bina.Sekiranya kami mempunyai sebarang dana lebihan jumlah ini akan digunakan sebagai dana biasiswa untuk kos pembelajaran penginapan percuma golongan asnaf dan anak yatim.
  • Antara modul pengajian yang akan diterapkan adalah hafazan al-quran, tajwid, bahasa arab, fardhu ain dan akhlak.
  • Di samping itu, aktiviti seperti qasidah, kemahiran komputer, latihan memanah dan lawatan akhir tahun juga akan dikendalikan.
  • Antara kriteria kemasukan ke Pusat Tahfiz kami adalah pelajar mampu berdikari, mempunyai semangat tinggi dan bukan atas dasar paksaan sesiapa.
  • Dengan adanya bantuan daripada semua pihak, Insyaallah Program ini akan dapat  direalisasikan bagi melahirkan ramai golongan Huffaz wanita yang akan menjadi , pengajar,  pelapis pendakwah, ibu yang terpelajar  dan secara tidak langsung dapat melahirkan lebih ramai golongan pencinta Al-Quran.

Program Dana Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Lil Banat Al-Hanafiah

Menu

Alamat

Copyright © Dana Tahfiz 2022. All rights reserved.

Design Web399